Monday, December 26, 2016

3 Android Black Market Alternatif

3 Android Black Market Alternatif


Berikut adalah 3 Android Black Market yang saya gunakan sebagai alternatif kepada Google Play Store:

1. Mobilism Market


Pada waktu entri ini ditulis, versi yang stabil ialah v1.8. Dari sudut tampilan, rasanya ia agak baik, ringkas, dan mudah difahami. Cuma beza antara Mobilism Market dengan Black Market yang lain ialah ia tidak menawarkan fungsi muat turun secara terus. Anda akan diberi pautan luar seperti DepositFiles, Uploaded.net, Filejungle dan sebagainya.

2. Aptoide


Ini adalah Market kegemaran saya, selepas Snappzmarket dibubarkan. Ia menggunakan konsep repositori, dan setiap aplikasi yang ingin anda muat turun akan tersenarai sekiranya terdapat di dalam repositori yang anda gunakan. Selain itu, ia menawarkan kemudahan muat turun secara terus dari aplikasi Aptoide tersebut. Anda juga boleh mencipta stor anda sendiri dan berkongsi mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit anda.

Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Aptoide dengan memasang aplikasi Aptoide Uploader, Aptoide Repos, dan Bazaar News & Aptoide. Aptoide Uploader berfungsi sebagai pemuat naik aplikasi yang berada pada peranti anda, jika anda mahu kongsikannya pada stor anda sendiri. Aptoide Repos pula bertindak sebagai pengemaskini repositori, dan Bazaar News pula adalah sumber aplikasi yang terdapat pada Aptoide.

3. Blackmart Alpha


Ini adalah alternatif terakhir kepada semua Black Market yang masih ada. Selain antaramuka yang ringkas, kemudahan muat turun secara terus, ia juga membolehkan anda periksa sekiranya terdapat kemaskini untuk aplikasi yang anda gunakan. Namun, harus diingat ia masih lagi versi beta, jadi ia amat mudah crash, kelajuan muat turun juga adalah perlahan.

Semoga bermanfaat, terimakasih....

Available link for download